Pengalaman berkhemah di tepi dua sungai indah – Sungai Kenaboi & Sungai Limau, Jelebu.
Terletak di kawasan hijau dan damai di Jelebu, D’Limau Campsite menawarkan pengalaman berkhemah yang dekat dengan alam semula jadi. Dikelilingi hutan dan aliran air yang jernih, ia adalah lokasi sempurna untuk berehat, berkumpul bersama keluarga.
Kenapa Pilih D’Limau Campsite?
🌿 Dikelilingi alam semula jadi yang tenang & menyegarkan
💧 Akses ke 2 sungai – Sungai Kenaboi & Sungai Limau
🔥 Sesuai untuk aktiviti BBQ, camping & family day
🏕️ Tapak luas untuk khemah & camper
📸 Spot menarik untuk bergambar & healing
Dua Sungai, Dua Pengalaman Berbeza
Sungai Kenaboi Air yang jernih dan aliran yang lebih aktif, sesuai untuk mandi manda dan aktiviti santai bersama rakan.
Sungai Limau Lebih tenang dan damai, ideal untuk berehat, berendam dan menikmati bunyi alam.